Berminat nak sambung belajar dalam bidang pengurusan haji dan umrah tapi tak tahu nak pilih jurusan apa? Sila hubungi kami.

2d519489-a9e4-4705-8bff-7742aab1e6a8
Play Video

APA KATA MEREKA TENTANG PENGURUSAN HAJI & UMRAH

“Seperti kawan-kawan yang lain, saya meneruskan hasrat untuk sambung belajar selepas menduduki peperiksaan SPM dengan mengisi borang UPU. Dalam masa yang sama, saya juga telah memberi peluang kepada diri saya untuk mengetahui bidang pengurusan Haji dan Umrah dengan lebih mendalam memandangkan ia adalah bidang yang saya minati. Setelah berfikir panjang, saya bertekad untuk mempelajari bidang yang saya gemari dan berharap untuk bekerja dibidang ini. Saya ingin banggakan kedua ibu bapa saya dan diri saya sendiri.”

Husna Nadhirah, 18 Selangor.

“Pada awalnya, saya memilih untuk sambung belajar dalam Diploma Pengurusan Haji dan Umrah (DHUMY) kerana ibu bapa saya yang mencadangkan bidang ini. Setelah meneliti aspek-aspek yang ditawarkan dalam bidang ini, saya mendapati ia adalah sebuah program Diploma yang unik. Walaupun institusi lain ada menyediakan bidang yang sama namun pilihan disini memberi kelainan dengan menawarkan latihan praktikal di Mekah dan Madinah. Impian saya adalah untuk menggunakan ilmu, pengalaman dan suasana belajar yang menarik ini sebagai pendorong untuk saya memberi manfaat kepada orang lain di masa hadapan. Untuk yang berhasrat untuk memilih program ini, saya yakin dengan izin Allah ia akan menjadi pilihan terbaik untuk anda.”

Izyahn Farahiyah Aunee, 19 Sabah.

“Terdapat dua sebab utama yang memberi keyakinan kepada saya untuk meneruskan dengan pilihan ini. Pertama, Diploma Pengurusan Haji dan Umrah (DHUMY) adalah bidang yang menarik dan tidak pernah saya dengar lagi daripada mana-mana IPTA. Kedua, bidang ini juga menawarkan para pelajar untuk melaksanakan praktikal di Mekah dan Madinah. Oleh itu, saya berfikiran bahawa ia adalah pilihan yang terbaik kerana saya dapat mendekatkan diri kepada Allah di samping membina kerjaya dan menjana pendapatan. Saya juga dapati bahawa kta boleh mendapat manfaat dunia dan akhirat secara sekaligus melalui pemilihan ini.

Fadil Amirul B. Md Fadhilah, Pelajar DHUMY Semester 3. 

“Pada asalnya, saya bercadang untuk mendapatkan pengalaman bekerja di mana-mana agensi pelancongan selama beberapa tahun sebelum menyambung pelajaran di peringkat degree. Namun, ahli keluarga saya seperti mak, ayah dan nenek sering memberikan galakan untuk saya mendalami bidang Pengurusan Haji dan Umrah (DHUMY). Setelah menyedari aspek penting yang saya letakkan untuk sambung belajar iaitu untuk mendapatkan ilmu dunia di samping mendapatkan pengisianrohani, saya meneruskan hasrat untuk mendalami bidang ini. Harapan saya ialah untuk mendapatkan keputusan cemerlang di akhir semesta dan dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari.

Najah Nur Aqilah Binti Zambri, Pelajar DHUMY Semester 3.

MENGAPA PELAJAR TAK BOLEH SALAH PILIH BIDANG?

Kebanyakan ibubapa dan para pelajar tidak merasakan bahawa proses pemilihan bidang untuk sambung belajar yang tepat adalah suatu perkara yang amat kritikal untuk diambil kira kepentingannya. Tindakan yang sepatutnya menjadi langkah pertama dalam perbincangan sambung belajar buat para pelajar lepasan SPM sering dibayangi oleh kelemahan seseorang prospek dalam menganalisa permintaan pasaran kerjaya semasa bagi sesebuah bidang yang dikehendaki.

Sehubungan dengan itu, perkara sampingan seperti kehendak peribadi yang tidak menguntungkan dan pandangan masyarakat setempat juga sering menjadi punca graduan menyesal dengan pemilihan bidang yang dilakukan. Menurut sebuah akhbar Berita Harian yang bertajuk ‘Ketidakpadanan pekerjaan jejas daya produktiviti graduan’, Dr Wye Chung Khain menyatakan bahawa para graduan yang menghadapi situasi tersebut akhirnya tidak dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan kemahiran tinggi mereka dalam sesebuah pekerjaan.

KEISTIMEWAAN

APA YANG PARA PELAJAR AKAN PELAJARI?

  • Fiqh Hajj and Umrah 1
    (Ibadah Haj and Umrah)

  • Fiqh Umrah and Haj (II)

  • Fiqh Umrah and Haj (III)

  • Airport Handling and Procedures

  • E-Commerce

  • Tourism and Hospitality Law for Hajj and Umrah

  • Introduction to Business

  • Islamic Management

  • Principles of Marketing

  • Human Resource Management

  • Principles of operation Management

  • Organizational Behavior

  • Islamic Entrepreneurship

  • Strategic Management

  • Introduction to Tourism and Hospitality

  • Travel Geography

  • Islamic Theology

  • Transportation Operations in Tourism

  • Travel and Tour agency Operation

  • Event Management

  • Tourism Cross Culture and Heritage

  • Outbound Tour

  • English Proficiency
  • Business Communication
  • Computer Aplications Third Language (Arabic for Communication I)
  • Third language (Arabic for Communication II)
  • Pemikiran dan Tamadun Islam
  • Customer Service
  • Industrial Training

SYARAT KEMASUKAN

PERJALANAN PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN HAJI & UMRAH

0 +
LEBIH PELAJAR YANG DAFTAR
0
LEBIH 100 ORANG SUDAH BERJAYA
0
NEGERI DI MALAYSIA

SILA ISI DAN PEGAWAI KAMI AKAN HUBUNGI ANDA UNTUK INFO LANJUT

Sila tekan butang "Hantar" di bawah untuk pemprosesan permohonan anda

DIPLOMA PENGURUSAN HAJI & UMRAH
YEG PESTA SAMBUNG BELAJAR
#JANGANSALAHPILIHBIDANG